Dunia Membaca Al-Quran
Sumbangan Al-Quran untuk warga muslim di Afrika
01
Pengenalan
02
Pendekatan Kami
Alhamdulillah, sehingga hari ini, kami telah menghantar lebih 30 ribu naskhah Al-Quran di beberapa negara terutamanya di Afrika, Nigeria, Sudan, Niger, Togo, Ghana, Somalia, Kenya, Bosnia-Hervegonia, Utara Macedonia dan Albania dan masih berterusan sehingga kini.
Sama-sama kita teruskan perjuangan kita di dalam menghidupkan semula generasi Al-Quran melalui Kempen Dunia Membaca Al-Quran.
Semua ini adalah berkat doa dan bantuan Rakyat Malaysia yang tidak putus-putus memberi sumbangan kepada kami.
Pihak kami sangat berterima kasih kepada seluruh Rakyat Malaysia khususnya para penyumbang yang dermawan.
Kami mensasarkan sebanyak 100,000 (lapan puluh ribu) naskah Al-Quran untuk diserahkan kepada saudara muslim di seluruh dunia.
Projek Dunia Membaca Al-Quran
Walaupun kehidupan rata-rata masyarakat Tanzania adalah serba da’if, ini tidak menjadi penghalang buat mereka untuk terus gigih menuntut ilmu Allah SWT.
Misi Hayrat Relief Malaysia di Tanzania kini berakhir pada episod kali ini. Pelbagai bantuan telah disalurkan kepada masyarakat Tanzania yang memerlukan di dalam bentuk pemberian naskah al-Quran, pakej makanan asas dan pembukaan wakaf telaga buat penduduk setempat. Terima kasih buat warga Malaysia yang telah sama-sama membantu Team Hayrat Relief Malaysia untuk merealisasikan misi ini.
Rakyat di Tanzania masih lagi mengharapkan ummah di seluruh dunia, terutamanya di Malaysia untuk menghulurkan tangan dan membantu mereka meringkan beban kehidupan.
Jadilah sebahagian daripada ummah hari ini bersama kami di Hayat Relief Malaysia.
03
Perkembangan Terkini
Firman Allah SWT:
إِنَّ الَّذِينَ يَتْلُونَ كِتَابَ اللَّـهِ وَأَقَامُوا الصَّلَاةَ وَأَنفَقُوا مِمَّا رَزَقْنَاهُمْ سِرًّا وَعَلَانِيَةً يَرْجُونَ تِجَارَةً لَّن تَبُورَ
Maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan mendirikan solat serta menginfakkan sebahagian daripada apa yang Kami kurniakan kepada mereka secara sembunyi atau terbuka dengan mengharapkan (daripada amalan yang demikian) sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian.”— [Fathir:29]