Kami Bekerja Sama Untuk Menyediakan Kehidupan Yang Lebih Baik kepada Ummah
Hayrat Malaysia merupakan sebuah organisasi yang didaftarkan di bawah ROS Malaysia dengan nama Pertubuhan Pemikiran Badiuzzaman dan Risalah An-Nur. Hayrat Malaysia juga dinaungi oleh Yayasan Hayrat, Turki. Di samping itu, Hayrat Malaysia didedikasikan untuk aktiviti bantuan kemanusiaan, perpaduan, budaya, pendidikan dan kesihatan di dalam dan di luar negara.
Hayrat Malaysia telah menyalurkan khidmat dan bantuan kepada jutaan umat manusia. Misi kami bukan sahaja untuk memberikan bantuan dalam bentuk material semata-mata, tetapi juga untuk menghangatkan hati dan jiwa mereka.
Hayrat Relief Malaysia
Ditubuhkan sejak September 2012, Hayrat Malaysia (sebelum ini dikenali sebagai Pertubuhan Pemikiran Badiuzzaman dan Risalah An-Nur) didedikasikan untuk aktiviti bantuan kemanusiaan, perpaduan, budaya, pendidikan dan kesihatan di dalam dan di luar negara.
Hayrat Malaysia telah menyalurkan khidmat dan bantuan kepada jutaan umat manusia. Misi kami bukan sahaja untuk memberikan bantuan dalam bentuk material semata-mata, tetapi juga untuk menghangatkan hati dan jiwa mereka.

Hayrat Malaysia memfokuskan untuk menyebarkan :
- Firman Allah,
- Risalah Keimanan,
- Quran, serta
- Tamadun dan Budaya Islam.
Hayrat Malaysia menjalankan aktiviti-aktiviti pendidikan seperti kuliah, wacana, seminar dan penyelidikan mengenai Risalah An-Nur secara khusus, serta berkaitan agama Islam yang syumul. Kami juga menjalankan aktiviti penerbitan buku dan Al-Quran Tawafuq.
Aktiviti-aktiviti kemanusiaan juga dijalankan dalam pelbagai kluster yang dijalankan oleh Hayrat Relief Malaysia. Ramai yang telah menerima manfaat daripada aktiviti yang dijalankan hasil sokongan dan dorongan daripada rakyat Malaysia.
Misi
Organisasi yang berpaksikan perlaksanaan projek pembangunan berimpak tinggi menerusi agenda bantuan pendidikan, kesihatan, kemanusiaan, khidmat masyarakat, dan modal insan. Prinsip kami ialah “Dunia Berubah Dengan Kebaikan”.
Visi
Menjadi NGO Kebajikan Pilihan Rakyat Malaysia
menjelang tahun 2025.
Dengan Kerjasama




Penyokong

Merve Safa Kavakçı
Turkish Ambassador to Malaysia

Av. Ali Kurt
Secretary General The Union of NGOs of the Islamic World (UNIW)

Hakkı Aygun
President Hayrat Humanitarian Aid

Prof Dr Musa Ahmad
Mantan Naib Canselor USIM

Ustaz Bachtiar Nasir
Setiausaha Jeneral Majelis Intelektual dan Ulama Muda Indonesia (MIUMI)

Prof Rahmah Binti Ahmad H. Osman
Professor of IIUM

Prof Thameem Ushama
Dean INSTAC

Halil Ibrahim Karadaş
The Chief of the Cabinet of Turkish Red Crescent

Prof Madya Dr Noornajihan Ja’afar
Prof Madya at USIM

Mehmet Güllüoğlu
Turkish Ambassador to Tanzania